Thursday 23 August 2012

Isu Utama Berkaitan Bangunan Di Tanah Tinggi


PENGURUSAN ALAM SEKITAR
TRAGEDI KERUNTUHAN HIGHLAND TOWERS
Oleh : Khairol Azli Mohamad dan Rakan-rakan

Muqaddimah

Tragedi Highland Towers setinggi 12 tingkat di Hulu Kelang adalah antara tragedi sadis yang meragut banyak nyawa dan mengakibatkan kerugian harga benda yang tidak ternilai. Ia adalah deretan tragedi yang berlaku pada tahun yang sama (1994) dan menduduki tempat ketiga selepas tragedi Puchong dan Damansara. Ia juga mencatatkan sejarah dalam dalam dalam industri pembinaan di Malaysia kerana inilah kejadian pertama yang berlaku  membabitkan bangunan tumbang di negarta ini dan mungkin juga yang pertama di dunia. Peristiwa ini harus direnung oleh semua pihak agar kejadian seumpamanya mampu dihindari.

 Kronologi

Sebelum 1964
¨       Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.

1964                                
¨       Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian.
¨       Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.

1974                                
¨       Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.

1978                          
¨       Blok 1 Kondominium telah disiapkan, dan diberi Certificate of Fitness    (CF) olleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni.



1981
¨       Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni

1986                                
¨       Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG.
¨       Ia telah mula diduduki penghuni.

1 Julai 1992
¨       Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut.

1993                                
¨       MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium.

November 1993       
¨       Keretakan serius atas jalanraya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni.

11 Disember 1993   
¨       Pada pukul 1.35 tengahari Blok 1 kondominium tumbang.
¨       Seorang mayat ditemui  dan 3 orang mangsa berjaya diselamatkan

21 Disember 1993   
¨       Sehingga tarikh ini 48 mayat telah ditemui.

1994              
¨       Laporan lengkap berhubung dengan punca-punca tragedi telah diterbitkan.



Thursday 2 August 2012

Tajuk Yang Kami Dapat

Setelah mendapat taklimat berkaitan tugasan, AJK kami yang hensem telah menjalankan cabutan undi untuk tajuk-tajuk tugasan....

cuba teka sape yang cabut undi???

mestilah Hafiz Fizani dan kami telah mendapat tajuk pertama iaitu


ISU 1: REKA BENTUK, INOVASI DAN REKA CIPTA


ada rase gembira sebab tajuk ni seronok..tapi dalam mase yang same kami risau gak takut-takut x mampu buat...

itu saje post kali ni..sehingga berjumpa lagi..